Thursday, July 26, 2007

Saja gatai jari di tangan..

idup aku mcm biasa la takde apa yg happening sgt, tp sampai je skolah pg td dh ada keje yg nk dibuat. PPD mintak setiap skolah antar data murid kt depa. memula kalut gak ingatkan PPD nk data BMM, rupa2nya hanya data SMM.. so tak lah byk sgt data yg nk kena kemaskini. pastu cara nak antar pun mudah sebab tak payah buat hard & soft copy cuma antar pakai email jer, mudah, cepat dan berkesan... the magic of ICT..

Saturday, July 21, 2007

Kena plan semula..


Hmm..bad news laaa plak member cuti kena beku, apa pun aku selaku wakil dr utara akan cover laa majlis kenduri bg member aku yg tak dapat hadir. aku try laa post serba sedikit gambaq majlis tu nanti..

Man Utd Asia Tour '07


semalam ada game antara MU dgn kelab Korea Seoul FC, keputusannya MU menewaskan kelab Korea tersebut dgn jaringan 4-0. Gol-gol MU dijaringkan oleh Ronaldo, Chris Eagles, Rooney n pemain kesukaan KMNizam Evra. Cakap pasal bola ni teringat plak masa dok kt serdang, takdak benda lain balik je mesti nak retal main WE..

Tuesday, July 17, 2007

Copa de America Final


seperti yg dijangka dari awal final di copa america menemukan 2 jogaan america latin iaitu Argentina dan Brazil. seperti biasa Argentina merupakan pasukan favourite untuk menjuarai kejohanan kali ini. namun seperti yg berlaku pd mana-mana finalist pd edisi '97 dan '87 dimana pasukan yg memenangi kesemua perlawanan sebelum layak ke final akhirnya tewas di final copa america. final copa america pd edisi kali ini di juarai oleh pasukan Brazil dengan menewaskan Argentina 3-0. Brazil mendahului Argentina 2-0 pd babak pertama perlawanan melalui jaringan Julio Baptista dan jaringan sendiri pemain pertahanan Argentina Roberto Ayala. dibabak kedua luka Argentina makin parah apabila Dani Alves melengkapkan kemenangan bergaya dgn menjaringkan gol ketiga Brazil. jurulatih Brazil, Dunga membuktikan walaupun tanpa menggunakan khidmat pemain terbaik dunia Ronaldinho serta Kaka, Brazil masih mampu menjinakkan musuh tradisi mereka dgn mudah. tapi overall performance masih dimiliki Argentina yg mempamerkan persembahan menarik melalui gerakan individu Juan Roman Riquelme, Lionel Messi, Juan Sebastian Veron serta Carlos Tevez.