Wednesday, August 15, 2007

Tahniah buat Ameant & Whosend

Salam di petang yang nyaman setelah hujan turun. Dikesempatan ini aku mengucapkan tahniah kepada member baik aku iaitu Ameant & Whosend kerana telah bergelar suami pada pasangan masing-masing iaitu Alea & Mleo. Aku doakan agar 2 pasangan bahagia ini kekal jodon hingga ke anak cucu cicit. Seperti yang semua sedia maklum, ramai diantara member baik aku yang tak dapat cuti untuk menghadiri majlis Perkahwinan Ameant & Alea yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah. Untuk tidak menghampakan kaum-kaum kerabat, di bawah ini ku abadikan saat-saat manis di majlis tersebut.














Sunday, August 5, 2007

Skuad Kenari juara berganda..

Assalamualaikum dan selamat pagi semua warga bloggers. Debaran sudah berakhir apabila berakhirnya separuh masa kedua perlawanan liga super terakhir bagi tahun '07 diantara tuan rumah Brunei DPMM menentang Kedah di Stadium Hasanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan dengan keputusannya Brunei DPMM tunduk kepada Kedah 0-1. Dengan keputusan ini mengesahkan kejuaraan Liga Super menjadi milik Kedah pada tahun ini. Kejuaraan ini juga amat bermakna bagi seluruh rakyat negeri Kedah yang selama ini dahagakan kejayaan. Setelah merangkul Piala FA kini dengan Gelaran Liga Super, Kedah pasti akan meneruskan buruan di Piala Malaysia pula. Kejayaan ini juga membuktikan bahawa gandingan pemain muda dan berpengalaman yang direncanakan oleh Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Azrai Khor sememangnya menjadi. Dengan ini sekali lagi tahniah diucapkan kepada Pasukan Kedah, pihak pengurusan, para pemain serta yang lebih penting para penyokong setia Hijau Kuning..

HIJAU KUNING NEGERIKU

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau kuning lambang kemegahan
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Chorus:

KEDAH
Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melingtang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku