Sunday, August 5, 2007

Skuad Kenari juara berganda..

Assalamualaikum dan selamat pagi semua warga bloggers. Debaran sudah berakhir apabila berakhirnya separuh masa kedua perlawanan liga super terakhir bagi tahun '07 diantara tuan rumah Brunei DPMM menentang Kedah di Stadium Hasanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan dengan keputusannya Brunei DPMM tunduk kepada Kedah 0-1. Dengan keputusan ini mengesahkan kejuaraan Liga Super menjadi milik Kedah pada tahun ini. Kejuaraan ini juga amat bermakna bagi seluruh rakyat negeri Kedah yang selama ini dahagakan kejayaan. Setelah merangkul Piala FA kini dengan Gelaran Liga Super, Kedah pasti akan meneruskan buruan di Piala Malaysia pula. Kejayaan ini juga membuktikan bahawa gandingan pemain muda dan berpengalaman yang direncanakan oleh Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Azrai Khor sememangnya menjadi. Dengan ini sekali lagi tahniah diucapkan kepada Pasukan Kedah, pihak pengurusan, para pemain serta yang lebih penting para penyokong setia Hijau Kuning..

HIJAU KUNING NEGERIKU

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau kuning lambang kemegahan
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Chorus:

KEDAH
Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melingtang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

No comments: